Muhammad Dan Kekuatan Fikiran

C:\Babah Kata>

Ada sesetengah orang bila dah ada anak dalam kandungan dah sibuk cari nama untuk anak... lebih² kalau yang dah scan tahu jantina anak lelaki atau perempuan... mesti dah stanby nama untuk anak yang bakal lahir. Kita orang lak... memang tak pernah scan jantina anak dan belum ada list nama lagi. Masa dok tunggu nak besalin nih kat wad sibuk ler belek buku nama².. adalah dalam 3 buah kot.... buku beli kat seri wangi (nama kedai buku kat pekan).

Izzul dah lahir... sudah 3..atau 4 hari dah Izzul tengok dunia... aku belum lagi pergi buat surat beranak. Nama pun belum ada lagi, kalau orang tanya.. aku cakap belum bagi nama lagi. Akhirnya kami sepakat menggabungkan 3 nama untuk Izzul... Muhammad Izzul Fikri yang membawa maksud. Muhammad nama Nabi Muhammad S.A.W, Izzul membawa maksud "kekuatan" dan Fikri pula membawa makna "fikiran". Muhammad dan kekuatan fikiran.....

Alhamdulillah berkat nama ni kot...Izzul boleh dikata mempunyai daya ingatan yang agak kuat... kadang² perkara yang berlaku bertahun² yang lepas dia masih ingat lagi.. suka menghafal dan sangat sensitif dengan persekirannya. Pernah hari tu..ada kereta satria warna silver lalu.. dia cakap "itu kan macam kereta babah" pada hal kereta satria tu aku dah jual tahun 2005 masa tu umur dia baru 3 tahun.. ingat lagi dia. Banyak lagilah kejadian sewaktu dengan tu yang dia masih ingat sampai sekarang.


izzul pada minggu pertama kelahirannya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kelahiran Izzul

C:\Babah Kata>

Tengahari 14 July 2002... Eina dah mula rasa sakit nak bersalin... cuak jugak pengalaman pertama. Nasib baik hospital tak jauh cuma seberang jalan jer... tapi naik kereta jugak. Hari tu hari ahad... dari tengahari bawak ke petang.. dari petang bawak ke senja.. Eina belum bersalin lagi. Sempat jugak ler senja tu Eina makan KCF, kakak dia belikan.. takut lapar lak takde tenaga nak bersalin nanti... lagi pun nanti kalau pantang tak merasa dah makan KFC. Petang tu semua berkumpul di Hospital Pekan.

Malam tu pukul 10 lebih Eina dipindahkan ke wad bersalin dan pada pukul 11.05 malam Izzul selamat dilahirkan.... Alhamdulillah..... Izzul selamat dilahirkan dengan berat 2.8 kg, dilahirkan di Hospital Pekan.. sekarang nih hospital tu dah jadi hospital lama untuk pesakit luar jer.. apa yang menarik hospital ini juga Eina dilahirkan.


ini buku rekod kesihatan Izzul



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mengandungkan Izzul

C:\Babah Kata>

Aku mendirikan rumahtangga pada 03 Mac 2001, majlis perkahwinan dilangsungkan di Pekan iaitu di belah keluarga Eina (isteri) dan di Chenor sebelah aku. Pada penghujung tahun tersebut Eina disahkan mengandung. Semasa mengandung Eina tidak menghadapi sebarang masalah cuma sedikit rasa keletihan. Apa yang paling aku ingat sewaktu Eina mengandungkan Izzul ialah dia suka menendang² apabila Eina memainkan lagu kat Winamp lagu"Intanku Kesepian" lagu kumpulan Wings.... entah apa kaitan Izzul ngan lagu nih pun tak tahulah sampai sekarang.... mungkin bakal menantu aku esok nama Intan gamaknya...hehe.


ini sebahagian gambar perkahwinan kami, ini gambar paling
istimewa kot................... bergambar bersama

Dato
' Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan isteri beliau.



inilah satu²nya gambar semasa mengandungkan izzul,
masa tu zaman analog lagi kot kamera pon pakai filem..
handphone pon takde camera lagi sebab tuh tak banyak gambar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Intro


C:\Babah Kata>

Catatan blog ini khas buat anak kesayangan aku dan Eina (isteri) iaitu Muhammad Izzul Fikri. Kami berharap dapat berkongsi tentang aktiviti harian atau perkembangan Izzul dari masa ke semasa. Mungkin pada masa ini Izzul tidak dapat mencoretkan sendiri aktivitinya dan kami bagi pihaknya akan mencoretkan aktivitinya di dalam blog ini. Diharapkan suatu hari nanti kandungan blog ini akan memberi kami kenangan yang berharga dan tidak ternilai di masa akan datang. Kami juga berharap kelak Izzul bila berkebolehan nanti dia sendiri akan menyambung kesinambungan blog ini. Insyaallah...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Attitudes toward children

Social attitudes toward children differ around the world in various cultures. These attitudes have changed over time. A 1988 study on European attitudes toward the centrality of children found that Italy was more child-centric and Holland less child-centric, with other countries, such as Austria, Great Britain, Ireland and West Germany falling in between.[3]
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Chid

A child (plural: children) is a human being between the stages of birth and puberty. The legal definition of "child" generally refers to a minor, otherwise known as a person younger than the age of majority. "Child" may also describe a relationship with a parent or authority figure, or signify group membership in a clan, tribe, or religion; it can also signify being strongly affected by a specific time, place, or circumstance, as in "a child of nature" or "a child of the Sixties."[1]
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS